RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 04 April 2023 – The 14th Air Working Group (AWG) Meeting between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Royal Malaysian Air Force (RMAF) was held successfully on 04 April 2023 via video tele-conference. The Co-Chairman from the RBAirF was Lieutenant Colonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh, Chief of Staff. Representing the RMAF was Colonel Mohd Najib bin Saad @ Salleh TUDM, Assistant Chief of Staff A5, Markas Pemerintahan Operasi Udara.
The AWG Meeting began with an opening remarks from both Co-Chairmans before proceeding with the predetermined agenda. The objectives of the meeting were to discuss activities, interactions and exchanges aimed at enhancing already close relationship as well as maintaining a strong military cooperation between the two Air Forces. The meeting was concluded officially with closing statements by both Co-Chairmans. The AWG Meeting will be held annually and hosted by both countries on an alternate basis.
MESYUARAT KE 14 KELOMPOK KERJA UDARA TUDB – TUDM 2023
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 04 April 2023 – Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU) diantara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kali ke 14 telah berlangsung dengan jayanya pada 04 April 2023 secara dalam talian. Pengerusi Bersama dari TUDB ialah Leftenan Kolonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh, Ketua Staf. Mewakili pihak TUDM ialah Kolonel Mohd Najib bin Saad @ Salleh TUDM, Assistan Ketua Staf A5, Markas Pemerintahan Operasi Udara.
Mesyuarat KKU dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada kedua-dua Pengerusi Bersama sebelum meneruskan agenda yang telah dirancangkan. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan aktiviti, interaksi dan pertukaran bertujuan untuk meningkatkan hubungan yang sudah erat serta mengekalkan kerjasama ketenteraan yang kukuh antara kedua-dua Tentera Udara. Mesyuarat telah diakhiri secara rasmi dengan kenyataan penutup daripada kedua-dua Pengerusi Bersama. Mesyuarat KKU ini akan diadakan setahun sekali dan dihoskan oleh kedua-dua negara secara bergilir-gilir.